Sunday, June 12, 2011

Pedalaman Oh Pedalaman..


Tanggal 3 Januari 2009, maka bermulalah kehidupan aku di dalam kawasan pedalaman Sarawak. Aku telah dihantar ke Lawas, Sarawak kawasan pedalaman sebagai guru bagi mendidik anak2 Bumi Kenyalang. Aku bergerak dari Melaka ke KLIA selepas solat suboh. Dengan restu ibubapa ku, aku terus masuk ke balai perlepasan.. Tiket flight ditangan menunjukkan Miri, Sarawak sebagai destinasi. Sesampai ku di lapangan terbang Miri, aku menerima satu lagi tiket flight ke Limbang,Sarawak. Dari Limbang, kami guru2 diberi taklimat di Hotel Purnama. Keesokkannya kami diberi tiket feri pulak untuk ke Lawas. Sesampai shj di perlabuhan Lawas, aku dijemput oleh Pegawai Pelajaran Lawas dan menginap di Hotel Mega sebelum berangkat masuk ke kawasan pedalaman tempat aku akan bertugas...


Merentasi laut China Selatan menaiki bot ekspress dari perlabuhan limbang ke jeti lawas.

Terpaksa tutup muka...bukan sebab malu tapi duduk belakang 4wheeldrive dengan keadaan terbuka..tak tahan debu tanah..member sebelah aku tu dah tangkap lentok..maybe letih sangat..sekali tengok gambar ni dah macam ketua abu sayyaf bawak tahanan pulak. 


Perjalanan ke kawasan pedalaman itu memakan masa selama hampir 4jam..Tanpa jalan raya bertar dan hanya jalan tanah merah laluan lori mengambil balak, kami tetap menghadapinya..Hanya kenderaan 4wheeldrive shj yg mampu mengharungi jalan ke tempat aku tu..

Ni member aku Cikgu Zakaria Che Man yg sama2 dgn aku bertugas ke pedalaman Sarawak..tapi dia dah pindah balik semenanjung dah..kuang asam pedas punyer member..masuk dalam sama2 tp pindah semenanjung sorang2..ceh..

Ni lah ketebalan tanah jalan balak dipenuhi lumpur dan tanah merah..kenderaan 4wheeldrive pun leh sangkut...kalo kancil ke mmg sah tenggelam..


Akhirnya aku sampai di sekolah tempat ku bertugas. Aku sampai pada waktu malam dan keadaan hujan renyai-renyai seperti menyambut kehadiran aku ke Long Semadoh. Kehadiran aku disambut oleh guru-guru yang berada di sekolah ketika itu. Maka bermulalah penempatan aku di tanah pedalaman ini. Masyarakat di sini merupakan suku kaum Lun Bawang. Bahasa perantaraan mereka pun bahasa Lun Bawang.. walaubagaimanapun mereka memahami bahasa Melayu..mereka beragama Kristian..walaupun mereka berlainan agama dengan aku, mereka melayan aku seperti ahli keluarga mereka..aku siap ada 2 keluarga angkat dalam masyarakat tu..hati mereka cukup mulia..



Ni lah gambar bersama org kampung @ ibubapa murid sekolah pedalaman yg aku ngajar.

Ni time aku duk masuk kampung melawat umah keluarga angkat aku..ini antara aktiviti diorang menganyam utk kraftangan..aku ada gak lah tempah penampi padi siap anyam nama aku lagi..penampi tu duk tergantung kt umah aku di semenanjung dah..

Kini sudah hampir 2 tahun aku bermaustatin di tanah Long Semadoh. Pelbagai pengalaman manis yang aku telah nikmati.. Memukat ikan antara aktiviti yang aku belum pernah rasa..Sebelum ini duk memancing aje..Ceritanya camni..Ada satu hari tu, org kampung situ kata dia nak membuangkan air dalam kolam dia tu, so dia ajak kitorang pegi pukat ikan dalam kolam tu. Kolam tu dah hampir 7 tahun tak bersihkan. So korang bayangkanlah berapa banyak ikan dah membiak dalam kolam tu.Dalam kolam tu ada ikan lampam, ikan talapia dan ikan2 lain yang sewaktu dengannya..Aku ni lum pernah memukat ikan. Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku pun pi lah tgk camner diorang memukat ikan..Rupanyer senang aje..Diorang bawa masuk pukat dan rentangkan dalam kolam tu..Pastu kitorang ramai2 tunda pukat tu..Dah mcm pukat tunda pulak.. 

Ni time kitorang baru selesai memukat ikan..byk giler..satu besen besar kitorang dapat..ikan talapia, lampam jawa dan ikan2 kolam yg lain.


Ni time aku duk berkubang dalam kolam tu...kerbau pun heran tengok aku time tu..diorang jeles lah tu..muahaha

Banyak lagi aktiviti2 dan gambar2 yg aku ingin berkongsi ngan korang..antara aktiviti2nya seperti memburu rusa,kijang,pelandok, menembak burung, mengaran udang, memancing ikan, dan lain2..tapi yg paling best nnt aku masukkan video aku sembelih pelandok n sembelih rusa..perghh..korg takkan dapat pengalaman bermakna mcm tu punyerlah..tunggu nextpost aku nnt ok??




1 comment: